Ikan Masak Asam Pedas
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Kali ini saya akan kongsikan cara untuk menyediakan lauk Ikan Masak Asam Pedas yang sangat sedap...
Menu:Ikan Masak Asam Pedas
Oleh: Dapur Power
Bahan kisar:
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
Bahan bahan:
2 batang serai - ketuk
1 sudu besar asam jawa - bancuh dengan 1 mangkuk air
1 kuntum bunga kantan - belah 2
7-8 sudu besar cili kisar - lebih kurang 1/2 mangkuk
1-2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa atau secukupnya
Garam - jika perlu
500 ml air
Garam - jika perlu
500 ml air
Minyak masak
Sayuran:
Bendi
Buah tomato - belah 4
Ikan:
Apa sahaja jenis ikan
Cara cara:
Panaskan minyak yang agak banyak sesuai dengan jumlah bahan kisar.
Tumis bahan kisar bersama serai sehingga garing dan naik minyak.
Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak garing dan naik minyak.
Masukkan air asam jawa dan masak sehingga pecah minyak lagi sekali.
Masukkan air mengikut kepekatan yang disukai dan biarkan mendidih.
Kemudian baru dimasukkan ikan dan bunga kantan.
Kemudian masukkan sayuran seperti bendi&tomato.
Kecilkan api dan biarkan sehingga sayur separuh lembut.
Kecilkan api dan biarkan sehingga sayur separuh lembut.
Sayuran akan terus menjadi lembut ketika kuah disejukkan.
Masukkan Maggi Cukup Rasa. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Masukkan garam, jika perlu.
SELAMAT MENCUBA!!!!!

Comments
Post a Comment